Tempahan Jahitan Baju Kurung Secara Pukal

upah jahitSekarang dah pukul 7:27 am.Saya masih lagi mengadap laptop ni dari pukul 4 pagi tadi. Alhamdulillah sejak dari 3 hari lepas tempahan baju kurung siap ready made sangat la laju.

Yang lebih laju lagi ialah tempahan baju kurung plus size XXXL . Mungkin ramai yang bersaiz besar atau plus size sukar mencari baju kurung ready made yang cantik-cantik.  Yang nampak di mata selalu orang jual ialah saiz M. Saiz M memang cepat habis megikut pengalaman saya.

Pelanggan yang email saya tentang upah jahitan baju kurung pun ramai. Buat masa ni kami memang tak ambil upah jahitan baju kurung kerana kami tak cukup masa dan kakitangan . Bagaimanapun khas untuk hari raya yang bakal tiba jika anda perlukan jahitan baju kurung secara pukal kami ada sediakan service tersebut.

Upah jahit baju kurung dewasa, baju kurung kanak-kanak dan juga jubah kami buka sekarang pada mana-mana peniaga yang nak khidmat tersebut. Permintaan baju kurung cotton, pesak, kurung pahang time nak raya memang sangat tinggi sebab semua orang  nak baju raya baru, jubah baru kalau boleh semua nak baru .

jalan-tuanku-abdul-rahman-3Kepada peniaga baju kurung dan jubah, jika anda perlukan service menjahit secara pukal anda boleh hubungi saya sekarang kerana kami ada kuota untuk jaga kualiti. Cukup kuota kami tutup untuk elakkan baju kurung anda tak siap.

Itu saja pagi ni sebab saya nak sampaikan berita baik khas untuk peniaga atau tukang jahit yang perlukan service jahit baju.

Kita jumpa lagi ;)